My Add

Tuesday 14 February 2012

Penawar akan terus bantu kanak-kanak istimewa

KAMARZAN Ahmad Meah (tiga dari kiri) diiringi Ikmal Hisham Abdul Aziz (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang pelatih OKU di Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

TANAH MERAH, ISNIN, 13 Februari, 2012: Persatuan Isteri-isteri dan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Penawar) akan terus membantu kanak-kanak istimewa di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah berkata, pihaknya akan terus menyalurkan bantuan untuk 33 buah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan pada tahun ini.

Menurutnya, pada tahun ini persatuan itu telah menyalurkan bantuan sebanyak RM66,000 kepada pusat terbabit dengan setiap sebuah menerima sebanyak RM2,000.

"Bantuan ini adalah untuk pusat itu menjalankan aktiviti bagi memastikan kanak-kanak tidak merasa terpinggir, malah dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain.

"Kita harap mereka dapat menggunakan aktiviti ini dengan baik, ia adalah peruntukan kita untuk tahun lepas, untuk tahun ini kita akan menyalurkan lebih banyak bantuan," katanya kepada pemberita selepas melawat PDK Anjung Felda Kemahang 2, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, pihaknya juga akan membantu tiga buah PDK yang terdapat dalam kawasan Parlimen tersebut.

"Buat permulaan kita akan mengagihkan 70 buah beg sekolah kepada kanak-kanak ini untuk kegunaan mereka.

"Saya telah melawat pusat ini dan kita akan beri bantuan yang sewajarnya, ia sejajar dengan perjuangan UMNO yang mengutamakan rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment