My Add

Wednesday 8 February 2012

Pendapatan belum audit LTAT naik 14%

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) jumlah pendapatan belum audit tertinggi sejak penubuhannya bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 sebanyak RM862.7 juta, meningkat 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, dalam tempoh tersebut, LTAT merekodkan peningkatan 5.3 peratus jumlah aset kepada RM8 bilion berbanding RM7.1 bilion tahun lalu manakala kedudukan Akaun Caruman Ahli pula berjumlah RM7.1 bilion berbanding RM6.7 bilion sebelumnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment