My Add

Monday 20 February 2012

Pengurusan kes saman Anwar terhadap Utusan pada 28 Feb

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam kes saman fitnah RM50 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran artikel bertajuk “Tolak Anwar - Hassan”.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera sehubungan itu menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Pada 20 Januari lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu pada muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama pada muka surat 10, di bawah tajuk “Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak”, pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment