My Add

Monday 20 February 2012

Mesyuarat agung pelaut bincang peluang pekerjaan pelaut baru

KUALA LUMPUR, ISNIN,20 Februari, 2012: Peluang pelayaran bagi pelaut baru menjadi isu utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Agung ke-10 2011/2012 Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (KKPSM) Ahad ini.

Setiausaha KKPSM, Mohd Rafiq Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pelaut baru yang mengadu kurang diberi peluang pelayaran atau pekerjaan daripada syarikat perkapalan dalam negara.

"Di Semenanjung ini, terdapat banyak sekolah latihan dalam bidang perkapalan, namun lebih kurang 90 peratus daripada pelajarnya telah mengadu tidak mendapat peluang pekerjaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mendakwa, perkara itu berlaku disebabkan syarikat perkapalan lebih selesa menggaji warga asing dan mesyuarat dijangka menentukan tindakan yang bakal diambil bagi menangani isu terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta semua anggota kesatuan serta pelaut baru yang berdepan dengan masalah berkenaan agar menghadiri mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 2 petang di Pusat Pelaut Pelabuhan Klang.

"Pada hari itu juga kita akan daftar ahli baru dan buat pemilihan ahli jawatankuasa,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment