My Add

Monday 13 February 2012

Penyakit sawah: Kerajaan timbang bantu pesawah terjejas

JITRA, ISNIN, 13 Februari, 2012: Mesyuarat pasca kabinet minggu lepas pada dasarnya bersetuju supaya bantuan diberikan kepada petani yang mengalami kemerosotan hasil musim lepas iaitu bagi Nov. 2011 hingga Feb. ini akibat serangan penyakit.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata formula pemberian itu juga telah dirumuskan dan akan diumumkan selepas kerajaan memberikan persetujuan.

Menurutnya, lebih 500 petani yang mengusahakan hampir 400 hektar sawah di beberapa daerah di Kedah ditimpa bencana serangan ulat ratus atau nama saintifiknya “spodoptera mauritia” tetapi tidak termasuk penyakit lain.

Ulat ratus membiak dengan cepat dan menyerang padi yang hampir masak menyebabkan ada petani kerugian 100 peratus, katanya.

Mohd. Johari yang ditemui selepas melancarkan operasi kawalan ulat ratus di Kampung Ketul, Tunjang, dekat sini hari ini berkata serangan ulat ratus dan penyakit padi pada musim II/2011 menyebabkan hasil tuaian merosot 20 peratus. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment