My Add

Monday 13 February 2012

Jumlah kes AGE di Perak menurun - Zambry Abdul Kadir

IPOH, ISNIN, 13 Februari, 2012: Jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lepas mencatatkan penurunan apabila 131 kes dikesan hari ini berbanding 142 kes semalam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata secara keseluruhannya keadaan masih terkawal.

"Saya difahamkan jumlah kes telah berkurangan. Saya berterima kasih kepada pihak hospital yang mengendalikan kes ini dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit yang dijangkiti AGE di Hospital Tapah di sini, hari ini.

Kata beliau, punca virus dikenali sebagai Rotavirus yang menyebabkan jangkitan AGE sedang disiasat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata 80 kes dikesan di Hilir Perak hari ini manakala 51 kes dikesan di Batang Padang.

Hang Soon berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini ialah 1,810 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,007 kes.

Beliau berkata, bilangan kes baru yang dimasukkan ke wad hari ini ialah sebanyak sembilan kes iaitu empat kes di Hilir Perak dan lima kes di Batang Padang.

Katanya, jumlah keseluruhan pesakit yang masih dirawat di hospital ialah 26 kes. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment