My Add

Thursday 16 February 2012

Penyenaraian FGVH dapat sokongan peneroka

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Februari, 2012: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia mendapat sokongan daripada warga peneroka Felda seluruh negara.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, berdasarkan perjumpaan dengan kepimpinan jawatankuasa ketua peneroka pada Isnin lalu menunjukkan sokongan dan keyakinan mereka terhadap penyenaraian tersebut.

‘‘Sokongan dan keyakinan yang diterima adalah hasil penjelasan dan maklumat yang kita sampaikan secara berterusan kepada warga peneroka,’’ katanya dalam sidang akhbar taklimat penyenaraian FGVH di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini terdapat tentangan daripada pihak-pihak tertentu dalam kalangan warga peneroka mengenai langkah penyenaraian tersebut.

‘‘Penentangan ini timbul kerana berlaku kekeliruan, kurang maklumat dan penjelasan mengenai perkara ini, namun saya yakin kini mereka sudah faham kebaikan yang akan diperoleh melalui penyenaraian ini, ’’ ujarnya.

Bagaimanapun, kata Mohd. Isa, program penerangan kepada warga peneroka akan diteruskan walaupun FGVH telah disenaraikan nanti.

‘‘Ia perlu diteruskan kerana kita yakin akan wujud pihak-pihak tertentu yang cuba mengelirukan peneroka dan kita tidak mahu ini berlaku,’’ katanya.

Isnin lalu, Mohd. Isa mengadakan pertemuan dengan 1,300 ketua peneroka, ketua persatuan belia, pengurus rancangan dan pegawai kanan Felda dan kepimpinan 317 tanah rancangan Felda di Dewan Perdana Felda, di sini. = UTUSAN


No comments:

Post a Comment