My Add

Saturday 4 February 2012

Penyenaraian FGVH untuk pastikan Felda berdaya saing

PEKAN, SABTU, 04 Februaru, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia adalah bagi memacu Felda untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, penyenaraian itu bertujuan memantapkan lagi organisasi Felda serta meluaskan ruang perniagaan bersama rakan kongsi niaga antarabangsa menerusi pengkomersialan produk-produk hiliran hasil keluaran Felda.

"Percayalah, Felda yang diasaskan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak (Hussein) tidak akan dikhianati malah usaha dan pengorbanan para peneroka selama ini bagi kemajuan Felda dan negara akan dibawa lebih jauh lagi,” katanya pada majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula Felda Wilayah Kuantan di Dewan Felda Chini Timur 3 di Chini, dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Najib berkata, para peneroka perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Felda dan tidak perlu terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak-pihak tertentu yang mendakwa penyenaraian itu kelak merugikan para peneroka. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment