My Add

Saturday 4 February 2012

Barisan hadapan perlu sentiasa efektif dan responsi

KUANTAN, SABTU, 04 Februri, 20122: Barisan hadapan sektor awam perlu sentiasa efektif dan responsif bagi mengelakkan orang awam memberikan tanggapan negatif terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tanggapan baik atau buruk sesebuah jabatan dalam penyampaian perkhidmatan bermula dengan petugas barisan hadapan kerana mereka merupakan jentera paling penting dalam sesebuah organisasi.

"Efektif atau responsifnya sesebuah jabatan bergantung kepada barisan hadapan kerana di situlah persepsi rakyat terhadap kerajaan terbentuk,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (2011-2015), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Hari Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI), Projek Permulaan (EPP8), e-Kerajaan Negeri Pahang di sini, hari ini.

Najib berkata, tanggapan orang awam terhadap sektor awam terbentuk daripada pengalaman mereka sendiri ketika berurusan dengan pihak barisan hadapan iaitu individu pertama yang ditemui, bukannya pegawai tertinggi di sesebuah jabatan atau organisasi itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment