My Add

Friday 3 February 2012

Perdana Menteri tolak khabar angin terbaru pilihan raya.

MARANG, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Razak menepis khabar angin terbaru bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

Namun Perdana Menteri berkata, sememangnya pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja sehingga penghujung tempoh.

“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Dulu (2011) mereka kata pada 11.11 (11 November) sudah tak jadi. Satu hari, tekaan mereka pasti tepat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media Majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di sini, hari ini.

Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.

Katanya, pada masa ini beliau dalam siri turun padang untuk bertemu dengan rakyat.

``Yang penting kita terus jalankan tugas untuk memberi kebaikan kepada rakyat dan menambahkan keyakinan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional,'' ujar beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment