My Add

Friday 3 February 2012

Skim Pembiayaan Khas perumahan awam tidak jejas pencarum

MARANG, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Kerajaan hari ini memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.

"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah itu jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.

"Jadi sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment