My Add

Thursday 16 February 2012

PERKASA cadang SPR buka kaunter daftar di universiti

MELAKA, KGAMIS, 16 Februari, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang memandang berat isu 3.7 juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi, mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua universiti. 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga meminta SPR menggunakan kenderaan bergerak ke kawasan kilang sebagai kaunter pendaftaran.

"SPR perlu memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tersebut didaftarkan sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum berlangsung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa Melaka di sini, malam tadi.

Ibrahim berkata, beliau memandang serius masalah berkenaan dan mengarahkan semua ketua wira dan wira PERKASA di peringkat negeri dan daerah di seluruh Semenanjung Malaysia mengambil tindakan membantu anak muda yang berusia 21 tahun berdaftar sebagai pemilih. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment