My Add

Thursday 16 February 2012

'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

KHAMIS, 16 Februari, 2012
MESKIPUN hampir genap empat tahun kerajaan PKR, pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertakhta di Selangor, namun nyata benar kurang perubahan dan kemajuannya, terutama pembangunan bagi rakyat jelata.

Yang ketara perubahan dan kemajuan hanyalah 'tercicipta' banyak menguntungkah 'pimpinan' kerajaan. Kurang sampai, mengalir dan meresap ke bawah.

Sungguh malang rakyat Selangor, melopong menanti. Saban hari  resah menagih janji yang tidak kunjung tiba.

Apa nak dikata cempedak dah jadi nangka. Memang nasib celaka badan. Harap-harap boleh untung secupak. rupa-rupanya rugi seguni.

Hamun begitu. masih belum terlambat bagi rakyat Selangor, sekalipun anda dahulu 'tersilap' langkah mahu berubah selera nasakan.

Cuba banding bezanya sajian sepanjang tempoh empat tahun kebelkangan ini...sedap, enak dan lazat dibandingkan dengan masakan bertahun-tahun yang silam.

Pasti banyak kelainannya, tawar, masin, manis dan pedasnya.

Jadi, moleklah kita kembalilah ke pangkal jalan sesudah kita tersasar dan sesat di belantara lamunan mimpi mendaki gunung seribu janji.

Allah SWT memberi kita akal, berfikirlah secara matang dan waras tanpa emosi serta perasangka buruk supaya kita tidak terbabas lagi.

Hendaknya, kita tidak kecundang lagi... 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

No comments:

Post a Comment