My Add

Sunday 26 February 2012

Perkasa minta Zulkifli jelas kenyataan Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Februari, 2012: Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan tentang isu pengundi di kawasan tersebut yang didakwa mata duitan seperti dinyatakan oleh bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, langkah itu perlu memandangkan kenyataan Abdul Kadir baru-baru ini seperti memberi tanggapan bahawa pengundi di kawasan Parlimen itu boleh dibeli bagi mendapatkan undi mereka.

“Kita minta Zulkifli memberi penjelasan sama ada benar atau tidak beliau memenangi kerusi Parlimen itu pada 2008 dengan membayar RM200 hingga RM1,000 kepada setiap pengundi untuk mengundi beliau,’’ katanya mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa pernah diberi peruntukan untuk membeli undi di dalam pilihan raya sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman blog.

Sehubungan itu, Ruslan menegaskan, kenyataan Abdul Kadir yang juga pernah menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan boleh dianggap sebagai menghina para pengundi di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Beliau turut menasihatkan bekas menteri berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau pandangan agar ia tidak memakan diri sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment