My Add

Sunday 26 February 2012

Tak pandai jaga kawasan punca ajak debat

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Februari, 2012: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mendakwa kecenderungan pembangkang untuk mengajak pemimpin Barisan Nasional (BN) berdebat adalah disebabkan mereka tidak pandai menjaga kawasan masing-masing.

Disebabkan itu, katanya, pemimpin pembangkang mengajak BN berdebat bagi mencari publisiti segera kerana menerusinya, ia mampu untuk menaikkan nama mereka.

Namun, tegas beliau, ketika ini nampak seolah-olah bagi pembangkang, debat itulah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

''Saya mahu ingatkan di sini, debat hanya merupakan satu cara berpolitik namun yang lebih penting ialah buat kerja di kawasan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kecenderungan pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini yang mahu debat diadakan di antara pemimpin mereka dan BN termasuk melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Khairy yang bersetuju dengan budaya debat berkata, beliau juga kerap berdebat dengan pemimpin-pemimpin pembangkang walaupun di mana-mana sahaja ia diadakan.

Katanya, pemimpin UMNO juga perlu berani berdebat kerana ia penting namun kepentingan berkhidmat di kawasan adalah melebihi segala-galanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment