My Add

Wednesday 8 February 2012

Perkhidmatan panggilan kecemasan dimantapkan

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan memantapkan lagi perkhidmatan panggilan kecemasan melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 demi kemudahan rakyat, kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.

Beliau berkata dua aspek utama yang diberi perhatian adalah kerjasama antara lima agensi yang terlibat dalam perkhidmatan itu dalam menghadapi kecemasan dan menangani panggilan palsu.

"Kita mempunyai tiga pusat menerima panggilan, masing-masing di Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak dan kita menghadapi masalah panggilan palsu.

“Jadi kita mahu pastikan semua panggilan yang diterima oleh MERS 999 adalah tulen, dan kita mempunyai petugas mengendalikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Kuala Lumpur Asia Navigator 2012 di sini.

Kamaruddin berkata, secara purata, MERS 999 menerima 68 peratus panggilan palsu setiap hari menerusi lima agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Selain mengatasi masalah itu melalui pelbagai kempen, Malaysia juga mengambil inisiatif untuk menjadi tuan rumah persidangan Navigator yang pertama kali diadakan di Asia, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment