My Add

Tuesday 14 February 2012

Polis berkas penculik


M0HD.. Adnan Abdullah (kiri) menunjukkan kad kuasa polis palsu (kiri) yang dimiliki seorang suspek kes penculikan manakala di sebelah kanan adalah kad kuasa sebenar anggota polis pada sidang akhbar di Pusat Media IPK Selangor, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, ISNIN, 13 Februari, 2012: Polis berjaya memberkas seorang penjenayah yang melarikan diri selepas menculik seorang remaja berusia 14 tahun di Kajang, Hulu Langat dekat sini pada 6 Februari lalu.

Lelaki berusia 26 tahun itu diberkas di sebuah premis di Teluk Intan, Perak kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik remaja itu kira-kira pukul 1.15 petang 6 Februari lalu, suspek telah menghubungi keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Bagaimanapun keluarga mangsa hanya dapat memberikan sejumlah wang dan suspek yang terpaksa berpuas hati telah melepaskan mangsa pada hari yang sama.

Pihak polis pula hanya menerima laporan kes penculikan itu pada pukul 3.15 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, bertindak atas laporan yang dibuat, pihaknya telah melancarkan gerakan memburu suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, hasil siasatan dan risikan, suspek berjaya diberkas pada pukul 10.30 pagi di Teluk Intan, Perak dan merampas sebuah kereta Nissan, kad pengenalan, dompet, kamera dan beg sandang.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 18 Februari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Adnan berkata, dengan tertangkapnya suspek, pihaknya percaya telah menyelesaikan kes culik tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment