My Add

Thursday 16 February 2012

Program Jiwa Murni ATM bukan kacau kontraktor tempatan

KUCHING, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia yang setakat ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek sehingga lebih 70 peratus di Sarawak bukan bertujuan menghalang kontraktor tempatan untuk memperoleh projek-projek berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, para kontraktor tempatan masih tetap berpeluang untuk terlibat dalam projek-projek berkenaan sebagai pembekal bahan-bahan binaan serta kerja-kerja sub-kontrak.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja mengambil kira penjimatan daripada segi kos pelaksanaan dan tempoh penyiapan projek di bawah program ini tetapi turut mengambil kira aspek sosio-ekonomi rakyat di Sarawak secara keseluruhannya.

"Daripada anggaran kos RM700 juta, kita dapat menyiapkannya pada harga kos RM200 juta. Daripada lima tahun, kita dapat menyiapkannya dalam tempoh dua tahun.

"Kita hanya hendak membuktikan tugas tentera dalam keadaan aman ini adalah untuk memasyarakatkan tugas kita,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ordnans 71 Batalion Kor Diraja di Kem Pending di sini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment