My Add

Sunday 12 February 2012

Puteri, Pemuda UMNO digesa pergiat daftar ahli sebagai pengundi

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Februari, 2012: Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO digesa supaya mempergiatkan usaha untuk mendaftar ahli UMNO terutamanya golongan muda sebagai pengundi. 

Gesaan dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa usaha berkenaan perlu dilakukan secepat mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

"Saya harap masih sempat jika dibuat (pendaftaran) dalam seminggu dua ini kerana proses pendaftaran mengambil masa selama tiga bulan sebelum mereka yang mndaftar boleh mengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penerangan Perdana Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa hampir 400,000 ahli UMNO belum mendaftar sebagai pengundi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment