My Add

Sunday 12 February 2012

Draf Akta Sewa Beli Islam kini di peringkat akhir: Ismail Sabri

BERA, AHAD, 12 Februari, 2012: Draf akta sewa beli mengikut syariah Islam kini di peringkat akhir, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Katanya, penyediaan draf itu mengambil kira pendapat pakar ekonomi Islam, pensyarah universiti, pemimpin persatuan penguna Islam dan contoh perundangan Islam dari luar negara.

"Akta baru yang akan dikenali sebagai Akta Sewa Beli Islam ini perlu bagi membezakan ciri-ciri sewa beli Islam di mana ia berlainan dengan sistem sewa beli konvensional.

"Ia juga perlu supaya tidak timbul kekeliruan dari segi perundangan apabila timbul masalah antara institusi kewangan dan pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Bakal Haji Daerah Bera di Majid Darulfikri di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment