My Add

Tuesday 7 February 2012

Rakyat semakin yakin, terima program transformasi

KUALA LIPIS, IDNIN, 06 Februari, 2012: Rakyat dilihat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melakukan pelbagai program transformasi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelbagai program seperti pemberian Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Menu Rakyat (KMRM), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M), dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh negara dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.

"Bagaimanapun ahli UMNO jangan leka dengan pakatan pembangkang sekalipun mereka dilihat hilang punca dan terdesak berikutan perubahan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Ahmad berkata, apa yang penting kini ialah UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus meningkatkan pelbagai aktiviti dan program dengan turun padang bagi mendekati rakyat dan mengatasi masalah mereka.

"Pihak pembangkang akan terus mencari isu-isu baru untuk terus mengelirukan rakyat dan UMNO juga perlu menangkis segala tohmahan yang dilakukan menerusi pelbagai program turun ke padang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment