My Add

Tuesday 7 February 2012

Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi kaum

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Februari, 2012: Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini yang amat istimewa dan tidak akan mampu dinikmati di negara lain. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tanpa toleransi tentunya Malaysia tidak akan berdiri megah seperti sekarang ini.

"Justeru untuk memastikan apa yang kita nikmati pada masa ini dapat terus dinikmati pada masa akan datang, maka adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk terus saling hormat menghormati di atas platform toleransi," katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment