My Add

Sunday 12 February 2012

Ramasamy, Kor Ming berdepan j/kuasa disiplin DAP, Khamis

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akan berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin DAP, Khamis ini berhubung isu berbeza.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai berkata, jawatankuasa tersebut akan melihat aduan yang dibuat terhadap Ramasamy berhubung pelbagai perkara berkaitan pelanggaran disiplin dan dakwaan bahawa Kor Ming menyalahguna kuasa sebagai Exco kerajaan negeri semasa pentadbiran gabungan PKR-DAP-Pas di Perak.

“Jawatankuasa akan bermesyuarat Khamis ini pada pukul 4 petang untuk melihat perkara itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Empat aduan dibuat terhadap Ramasamy, manakala satu aduan dibuat oleh DAP Cawangan Greenwood di Ipoh terhadap Kor Ming.

Ramasamy terlibat dalam perang mulut dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini, yang menyebabkan arahan untuk tidak mengeluarkan kenyataan dikeluarkan dan kepimpinan tertinggi parti menubuhkan panel yang dianggotai tiga orang untuk menyelesaikan perkara itu.

Panel dianggotai oleh pemimpin tertinggi parti iaitu Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin dan pemimpin Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan bahawa pertikaian godfather-warlord telah berakhir.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di pejabatnya di Pulau Pinang hari ini, Karpal Singh meminta mesyuarat jawatankuasa disiplin diadakan segera untuk memutuskan aduan yang dibuat terhadap Ramasamy. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment