My Add

Friday 24 February 2012

Restoran nasi kandar diserang samseng

GEORGETOWN, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jalan Penang di sini, mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila peralatan restoran dirosakkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi tadi. 

Pengurus Restoren Yasmeen, Abdul Latif Thulkarunai, berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke restoran itu untuk berjumpa beliau.

"Selepas pekerja saya memberitahu pengurus tiada dalam kedai, mereka marah dan terus memecahkan almari kaca dengan topi keledar tanpa sebarang sebab," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Latif yang mendakwa insiden itu bermotifkan iri hati, berkata beliau menerima ugutan lisan daripada seorang lelaki dua minggu lalu yang mahu restoran itu ditutup. 

"Saya percaya serangan ini ada kaitan dengannya," katanya. 

Abdul Latif berkata, beliau sudah membuat laporan polis serta menyerahkan pita rakaman kamera litar tertutup kepada polis untuk membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment