My Add

Thursday 16 February 2012

Samur buka tirai era baharu rakyat Sabah - Najib

SIPITANG (Sabah), KHAMIS, 16 Februari, 2012Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) Petronas bernilai RM4.5 bilion, sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

"Projek Samur bukan calang-calang projek. Projek ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini,” kata Najib ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib berkata, nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun ini, dijangka mencecah US$4.8 bilion setiap tahun.

"Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang ini berada dalam ambang perubahan yang besar. Detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kawasan seluas 2,000 ekar sudah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai kawasan industri minyak dan gas serta industri sampingannya di sekitar Sipitang.

Beliau juga berkata, pemilihan Sipitang juga adalah berikutan kedudukan strategiknya berdekatan Kota Kinabalu dan Brunei serta potensi laut dalamnya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment