My Add

Thursday 16 February 2012

Tangkap warga Iran bukti Malaysia serius tangani pengganas

PUTRAJAYA, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Penahanan warga Iran, Masoud Sedaghat Zadeh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa siri pengeboman di Bangkok semalam membuktikan Malaysia amat serius dan komited dalam menangani ancaman pengganas serta kegiatan subversif yang terbukti mengancam keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, pihak berkuasa negara ini tidak akan sesekali membenarkan Malaysia dijadikan lokasi, pangkalan atau transit kepada pengganas atau individu yang dikehendaki oleh mana-mana negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hishammuddin berkata, Masoud, 31, ditahan pada 3.30 petang semalam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di bawah Akta Imigresen ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dari Thailand pada malam sebelumnya.

"Beliau ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan melancarkan serangan bom di Bangkok pada 14 Februari lepas,” katanya.

Beliau berkata, maklumat risikan dari Agensi Perisikan Kebangsaan Thailand mengesyaki Masuod terlibat bersama-sama dua suspek serangan bom yang ditangkap di Bangkok. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment