My Add

Sunday 26 February 2012

Saya belum buat keputusan – Phahrolrazi

ALOR SETAR, SABTU, 25 Februari, 2012: Exco kanan kerajaan Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak ke majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu berkata, ini kerana beliau tidak mengetahui sama ada dijemput atau tidak ke majlis berkenaan memandangkan masih bercuti panjang sehingga 1 Mac ini.

Dakwanya, beliau belum memasuki pejabatnya di Wisma Darul Aman untuk menyemak perkara tersebut.

“Saya belum terima jemputan lagi, macam mana nak jawab hadir atau tak hadir. Saya belum pergi ke pejabat kerana masih bercuti, tak tahulah dijemput atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Luar, Pengkalan Kundur dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan hadir atau tidak ke majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Beliau merupakan salah seorang yang dikaitkan dengan khabar angin sebagai antara Exco kerajaan negeri yang enggan hadir ke majlis pelantikan berkenaan.

Ditanya apakah benar khabar angin mengatakan beliau telah mengosongkan pejabatnya di Wisma Darul Aman, Phahrolrazi enggan memberi komen dengan alasan mahu mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kekeliruan.

“Biarlah Menteri Besar membuat kenyataan dahulu,” katanya yang turut mendakwa tidak mengetahui sama ada disenaraikan sebagai Exco baru Kedah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment