My Add

Wednesday 8 February 2012

Saya tidak letak jawatan MB Kedah: Azizan Razak

ALOR SETAR, RABU, 08 Februari, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata, beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita. 

Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.

"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment