KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Siasatan dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, segala keterangan mereka yang terlibat telah diambil, manakala dokumen berkaitan pula telah dikumpulkan.
"Siasatan ini akan selesai bila-bila masa sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Mustafar yang mengetuai pasukan khas bagi sebarang kes berkaitan NFC, bagaimanapun enggan mengulas sama ada SPRM telah mengambil keterangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya yang juga Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.
No comments:
Post a Comment