My Add

Friday 3 February 2012

KWSP untung 5.5% setahun pembiayaan pembelian rumah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menikmati kadar keuntungan 5.5 peratus setahun daripada pembiayaan RM1.5 bilion dalam Skim Pembiayaan Khas untuk membolehkan penyewa berkelayakan membeli rumah dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Justeru, penglibatan KWSP dalam skim itu tidak merugikan, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

"Ia adalah pinjaman bercagar. KWSP akan memperolehi 5.5 peratus pulangan bersih setahun.

"Pada masa yang sama, KWSP dapat membantu rakyat yang memerlukan,” katanya kepada wartawan pada sesi taklimat mengenai skim itu di ibu pejabat DBKL di sini, hari ini.

Skim khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas bertujuan membantu penyewa sedia ada mendapatkan sumber kewangan bagi membeli rumah-rumah yang ditawarkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment