My Add

Wednesday 15 February 2012

Sistem pendidikan sentiasa dikaji: Muhyiddin

JITRA, SELASA, 14 Februari, 2012: Sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan melalui proses penambahbaikan seiring perkembangan ilmu dan teknoloji bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, guru sebagai barisan hadapan untuk mencapai matlamat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab besar mendidik dan melahirkan tenaga manusia berilmu dan mahir dalam pelbagai bidang.

"...kerajaan mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan ko-kurikulum, Laporan Razak, Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) termasuk memanjangkan latihan untuk guru dan pengambilan guru bahasa Inggeris dari negara penutur jati bahasa itu.

"Setiap perubahan bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan bidang pendidikan kerana ia perkara pokok bagi Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kedah dan Perlis' di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, kerajaan sentiasa mengkaji pencapaian sistem pendidikan untuk melihat pencapaian dan keberkesanannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment