My Add

Friday 17 February 2012

SPR tidak laksana persempadanan semula

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melaksanakan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selesai, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan kerana SPR mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha bagi melicinkan urusan pilihan raya umum yang akan datang.

"Ia tak akan dilaksanakan. Petugas SPR tidak ramai dan kami tidak berupaya untuk melaksanakan kedua-dua tugas yang besar sekali gus iaitu pilihan raya umum dan persempadanan semula. Jadi pada masa ini tumpuan SPR ialah pilihan raya umum.

"Sekiranya ia dilaksanakan ia mesti disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kita tidak mahu sekiranya ia sedang dilaksanakan, dengan tiba-tiba Parlimen dibubar dan ini akan menimbulkan masalah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment