My Add

Tuesday 21 February 2012

SYABAS aktif ERP berikutan kejadian paip pecah di Gombak

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di Wilayah Gombak semalam berikutan kejadian paip pecah di dua lokasi berlainan membabitkan kira-kira 18,000 akaun pengguna. 

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata kerja pembaikan sedang dijalankan yang dijangka selesai lewat petang ini dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat ke semua kawasan terbabit.

"Dalam kejadian pertama, paip berukuran 24 inci dari jenis Cast Iron didapati pecah di Jalan Genting Klang berhampiran Hospital Columbia. Pihak SYABAS menerima aduan pada jam 4 pagi semalam dan melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

"Pada jam 11.50 pagi semalam pula, paip berukuran 24 inci dari jenis Asbestos Cement yang menerima bekalan air dari Kolam Air AU3 Lama, dikesan pecah di Taman Wangsa Melawati di lokasi berhadapan Masjid Wangsa Melawati," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya, antara lokasi yang terbabit ialah seluruh kawasan Air Panas, Setapak, Jalan Genting Kelang, Batu 3 hingga Batu 5, Gombak, Langgak Bukit, Kampung Padang Balang, Wangsa Melawati dan Taman Permata. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment