My Add

Thursday 16 February 2012

Tubuh Jati: Hasan Ali ramal tsunami kecil politik tempatan

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Februari, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali meramalkan “tsunami kecil” bakal melanda arena politik negara ini, dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jati pada 21 Februari ini.

Ramalan itu, ditegaskan beliau dalam program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24, semalam, adalah berdasarkan kepada sokongan padu yang diterimanya dalam siri jelajah ke seluruh negara baru-baru ini di mana puluhan ribuan penduduk turun padang untuk menyambut kehadirannya.

Beliau berkata, gambaran dan sambutan awal yang diterimanya meyakinkan beliau bahawa masa hadapan pergerakan kuasa ketiga di Malaysia adalah cerah meskipun ia merupakan sesuatu yang baharu dalam arena politik negara.

"Saya percaya blok kuasa ketiga yang dirancang ini akan mendatangkan impak besar, setidak-tidaknya kepada kumpulan masyarakat Malaysia yang sudah tahu berfikir. Mutakhir ini, rakyat Malaysia sudah menjadi sebuah masyarakat pemikir yang mana mereka tidak akan mudah menerima sesuatu yang dianggap basi.

"Kehadiran kuasa ketiga berkenaan sesungguhnya akan menjadi lebih dominan dan besar untuk melancarkan satu sistem gerakan yang sangat diperlukan di Malaysia. Pemecatan saya daripada Pas yang pada awalnya tidak signifikan dan dikatakan hanya mencetuskan gelombang kecil, kini telah menjadi suatu gelombang besar,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment