My Add

Saturday 4 February 2012

Tuduhan Guan Eng satu penipuan

NIBONG TEBAL, SABTU, 04 Januari, 2012: Feb. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa hanya 22 peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di negeri ini menerima bantuan RM1.1 juta daripada kementerian sebagai pembohongan semata-mata.

Penasihat kementerian itu, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bantuan pada 2009 itu sebenarnya diberikan kepada 990 peserta miskin di negeri ini dan daripada jumlah itu 22 peserta adalah dari Nibong Tebal.

Katanya, jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan RM22.9 juta yang disalurkan kementerian bagi pelbagai projek SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Menurut Zainal Abidin, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah memutarbelitkan fakta mengenai bantuan RM1.1 juta itu dengan menyatakan peruntukan hanya diberi kepada 22 peserta dan menuduh beliau mengamalkan rasuah.

"Angka yang diberikan kementerian adalah tepat dan bukannya diberikan kepada 22 peserta seperti yang didakwa Guan Eng itu.

"Tuduhan berterusan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu adalah pembohongan bagi menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan awal persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian kepada 200 pelajar di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina kelmarin yang menyebut Guan Eng dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini menuduh amalan rasuah dalam pemberian RM1.1 juta kepada 22 orang peserta di Nibong Tebal.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, setiap bantuan kepada golongan miskin bukannya rasuah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment