My Add

Sunday 5 February 2012

UMNO Tanah Merah sumbang beras percuma kepada 21,000 keluarga

MUSTAPA Mohamed diiringi Ikmal Hisham Abdul Aziz mengagihkan beras kepada wakil jentera Jalinan Rakyat di SK Belimbing, Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH, AHAD, 05 Februari, 2012; Selepas memberi pelbagai jenis bantuan terutama membabitkan wang ringgit dan peralatan persekolahan, UMNO Bahagian Tanah Merah kali ini menyampaikan pula sumbangan beras percuma kepada 21,000 keluarga di daerah itu yang kurang berkemampuan.

Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, bantuan tersebut akan mula diagihkan hari ini melalui anggota Jalinan Rakyat kepada setiap keluarga yang telah dikenal pasti.

Jelas beliau, setiap keluarga akan menerima satu kampit beras seberat lima kilogram dan lebih istimewa apabila ia merupakan beras berkualiti tinggi dengan kadar lima peratus beras hancur.

"Kita tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat di daerah ini dan bermula esok agihan beras percuma setiap rumah akan mula disampaikan oleh petugas kita.

"Kos keseluruhan beras ini adalah RM263,000 namun jumlah ini tidaklah sebesar mana jika difikirkan manfaat yang boleh diterima rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah, di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan dihadiri lebih 3,000 penduduk tempatan.

Ikmal berkata, bagi memastikan semua beras itu sampai kepada setiap penerima, UMNO telah melantik seramai 1,500 anggota Jalinan Rakyat di seluruh kawasan Parlimen Tanah Merah. UTUSAN

No comments:

Post a Comment