My Add

Sunday 5 February 2012

Dr Mahathir seu orang ramai sertai konvoi ke Palestin

DR MAHATHIR Mohamad diirngi Dr. Musa Mohd. Nordin (kanan) dan George Galloway melihat poster kekejaman terhadap rakyat palestin semasa perasmian Festival filem Palestin di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Februari, 2012: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru lebih ramai rakyat Malaysia menyertai konvoi Viva Palestina Ke-6 (VP6) yang akan memulakan ekspedisi ke Palestin pada 15 Mei ini.

Beliau berkata, penyertaan yang lebih ramai dapat membantu dalam pengagihan dan penyaluran bantuan secara menyeluruh kepada penduduk Palestin.

"Pada konvoi VP5 tahun lalu kita hantar banyak bantuan terutama perubatan tetapi orang kita tidak ramai. Kali ini saya berharap lebih ramai yang ikut serta,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Festival Filem Palestin Kuala Lumpur yang dianjurkan bersama Viva Palestina Malaysia (VPM) dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Pengasas VP, George Galloway dan Pengerusi VP Malaysia, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.

Dalam pada itu Dr. Mahathir berkata, penganjuran festival filem tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada semua golongan mengenai kekejaman Israel.

"Filem ini bukan untuk orang Islam sahaja tetapi semua golongan dan agama,'' katanya.

Namun katanya, bagi golongan yang menyokong Israel, filem ini mungkin dianggap sebagai sengaja direka.

"Kalau pun mereka menonton filem ini saya yakin mereka akan tetap menyokong Israel,'' katanya.

Sebanyak lima filem akan ditayangkan kepada orang ramai bermula hari ini sehingga Isnin depan di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavillion.

Dalam pada itu Musa berkata, konvoi VP6 akan disertai oleh lebih 20 negara.

"Kali ini kita akan bawa lebih banyak bantuan untuk membina semula negara Palestin. Kita juga mendapat laluan mudah menerusi Mesir iaitu daripada kerajaan baru Ikhwanul Muslimin yang memberi sokongan,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment