My Add

Saturday 11 February 2012

Visi masa depan keutamaan BN, bukan janji kosong

ALOR SETAR, SABTU, 11 Februari, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan visi masa depan negara sebagai keutamaan, bukan mengamalkan janji kosong dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat. 

Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, berkata setiap perancangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sentiasa memandang ke depan.

"Datuk Seri Najib baru dua tahun mengambil alih tampuk pemerintahan dan ketelusan beliau mentadbir negara boleh dilihat berbanding Pakatan Rakyat hampir empat tahun memerintah lima negeri masih gagal menunaikan janji mereka.

"Pakatan Rakyat pandai berjanji perkara di luar kemampuan namun tidak pernah mengambil tanggungjawab," katanya selepas merasmikan perayaan Ponggal Parti Progresif Rakyat India (IPF) Parlimen Kuala Kedah di sini, petang semalam. 

Latt Shariman yang juga ketua UMNO bahagian Kuala Kedah memberi contoh pentadbiran kerajaan Kedah yang ditunjangi PAS gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya 2008 di samping tidak berupaya merancang projek pembangunan untuk masa depan rakyatnya. 

"Baiki jalan sedikit, ganti lampu jalan...itu adalah tanggungjawab. Kita mahu lihat pelan pembangunan dan projek dilaksanakan supaya rakyat boleh bersedia, bukan kita hendak lihat pengangguran," katanya.

No comments:

Post a Comment