My Add

Friday 3 February 2012

Warga emas... tiket LRT

JUMAAT, 03 Januari, 2012
BUKAN nak komplen, sekadar nak beritahu, nak beri maklum balas kepada pihak pengurusan Transit Aliran Ringan (LRT), satu perkara yang perlu diperhatikan baik-baik dan boleh diatasi secara diplomasi dan mesra pelanggan.

Saya perhatikan sejak pelaksanaan tambang separuh harga 'dianggerah kerajaan' kepada warga emas dikuatkuasakan, sering berlaku 'kekecoh kecil' terutama bagi mereka yang kerap berulang-alik melalui laluan Ampang - Sentul Timur dan sebaliknya.

Pada hemat saya, antara puncanya ialah sikap dan budi-bicara seseorang oparator stesen LRT tatkala berurusan dengan orang ramai.

Saya dapati sikap kurang 'mesra' pelanggan, kerja sambil lewa, masih tersemat kukuh pada sebilangan kecil operator stesen LRT, umpamanya semasa berurusan dengan warga emas yang hendak membeli tiket perjalanan.

Kejadian kurang seronok ini kerap berlaku, terutamanya di Stesen Hang Tuah, Pandan Jaya dan Cahaya, entahlah saya kurang pasti, mungkin juga berlaku di stesen-stesen yang lain.

Tadi, kira-kira jam 4.00 petang (Jumaat, 03 Februari, 2012), di Stesen Pandan Jaya, saya terserempak, seorang warga emas bertelagah kecil dengan operator yang
bertugas kerana enggan menjual tiket kepada hamba Allah berkenan, sebaliknya dia disuruh menggunakan mesin yang disediakan.

Warga emas tersebut enggan berbuat demikian kerana menurutnya, beli tiket melalui mesin, dia tidak dapat tiket separuh harga.

Dia cuba merayu berulangkali, namun tiada layanan, sebaliknya oprator terbabit memintanya pula menunnjukkan kad tertentu.

"Ada kad baru boleh, kalau tak, saya tak jual tiket, ini peraturan," kata operator itu.

Dia merayu lagi, tetapi hampa belaka.

Mahu tak mahu, dengan persaan penuh kecewa, dia lantas ke mesin membeli tiket perjalanannya dengan harga penuh.

Sebelum masuk ke platform, dia sempat merungut kepada operator lelaki 'garng' berbadan gempal itu.

"Encik, bukan harga tambang yang saya pentingkan, tetapi saya minta hak saya seperti yang ditentukan kepada seseorang warga emas. Saya bukan nak minta sedekah. Itu hak saya. Ia perlu dipatuhi, dilaksana dengan baik dan sempurna...", ujarnya dengan nada suara tinggi.

No comments:

Post a Comment