My Add

Friday 3 February 2012

Suspek kes bunuh pelajar Malaysia di Malang ditangkap

JAKARTA, JUMAAY, 03 Februari, 2012: Polis Indonesia pada Khamis menangkap seorang lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pelajar Malaysia di Malang, Adrian Jay Prereira, kira-kira tiga bulan lalu.

Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ludinata Misnun berkata, penangkapan suspek yang berasal dari bandar Malang itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Malang, Teddy Minahasa Putra pada Jumaat.

Lelaki itu ditangkap setelah polis menemui beberapa bukti miliknya di tempat kejadian, katanya.

Beliau berkata, pihak polis memberitahu bahawa suspek dibantu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dalam kejadian pembunuhan itu dan polis kini masih memburu rakannya itu.

Dalam kejadian pada malam 7 November lepas, Adrian mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment