My Add

Monday 13 February 2012

Warga FELDA harus jaga keamanan dari anasir luar

HULU SELANGOR, AHAS, 12 Februari, 2012: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masyarakat FELDA bertanggungjawab mempertahankan wilayah mereka daripada dirosakkan oleh mana-mana anasir luar supaya dapat menikmati hasil kemajuan organisasi itu. 

"Kitalah yang bertanggungjawab mempertahankan wilayah FELDA kita, sama ada mempertahankan unsur-unsur dalaman atau luaran, parasit-parasit harus kita sifarkan agar generasi Felda kelak dapat melihat kemajuan dan kejayaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah (AW) Wilayah FELDA Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gedangsa, Hulu Selangor di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment