My Add

Monday 13 February 2012

Anwar guna landasan antarabangsa untuk raih sokongan luar

IPOH, AHAD, 12 F ebruari, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang bukan saja menyokong usaha menjaga keselamatan Israel malah menggunakan landasan antarabangsa untuk meraih sokongan luar terhadapnya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal. 

Shafie berkata, Anwar berbuat demikian apabila tiada jaminan sokongan dalam negara terhadapnya.

"Kita sedar dan tahu mengenai pendirian Anwar dalam isu Palestin ini dan beliau menggunakan landasan antarabangsa untuk meraih sokongan badan antarabangsa.

"Mungkin juga pada masa pilihan raya (umum) akan datang dia akan heret badan antarabangsa untuk mempertikaikan ketelusan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Anwar ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment