My Add

Thursday 16 February 2012

Zon bebas cukai bakal diwujudkan di Tanjung Batu

KOTA KINABALU, RABU, 15 Februari, 2012: Satu Zon Bebas Cukai akan diwujudkan di Tanjung Batu, Tawau, tidak lama lagi, kata Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr. Janathan Kandok.

Katanya, kawasan seluas 35 hektar itu, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Tawau, dilihat berpotensi untuk menjadi pusat bebas cukai, khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

“Pusat ini dijangka menyediakan peluang pekerjaan dan boleh menjadi tarikan pelancong selain memberikan peluang perniagaan yang menjanjikan pulangan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-30 peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Janathan berkata, Zon Bebas Cukai itu telah dipohon oleh sebuah syarikat yang mendapat sokongan kerajaan dan telah diluluskan namun belum ditetapkan tarikh yang jelas untuk pelaksanaannya. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment