My Add

Monday, 1 April 2013

Pembangkang terpaksa tarik orang ramai penuhi majlis ceramah

KUALA LUMPUR, AHAD, 31 Mac, 2013: Gara-gara tidak mendapat sambutan orang ramai, penganjur ceramah pakatan pembangkang di padang bola di Subang Bestari, dekat sini malam ini, terpaksa menarik perhatian orang ramai yang berada di jalan raya berdekatan untuk memenuhi majlis.

Malah, ceramah yang sepatutnya dimulakan pada pukul 9.15 malam itu hanya bermula kira-kira sejam kemudian ekoran ketiadaan penyokong dan orang ramai.

Orang ramai yang lalu-lalang di hadapan padang bola dan medan selera di kawasan U5 Subang Bestari itu ada yang berhenti sebentar untuk melihat apa yang berlaku namun beredar selepas itu.

Ceramah bertajuk `PRU 13-Tolak BN Sokong PR’ itu dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.

Lebih menyedihkan, penceramah terpaksa bercakap diselang seli dengan gangguan pembesar suara sehingga 15 minit sebelum masalah itu diselesaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment