Pelajar pondok sertai UMNO
PASIR MAS, AHAD, 31 Mac, 2013; Sebanyak 70 pelajar Pondok Tal Tujuh di sini, bertindak keluar Pas dan menyertai ahli UMNO selepas kecewa dengan perjuangan parti tersebut.
Borang permohonan mereka diserahkan sendiri kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam majlis ringkas di Tendong, di sini malam ini.
Wakil mereka, Mohd. Hafni Zaini, 24, berkata, dia sebelum ini bergiat aktif bersama Dewan Pemuda Pas dapat melihat perubahan yang berlaku di dalam parti itu yang lebih minat berpolitik berbanding membela nasib rakyat.
"Saya terbuka hati untuk bersama UMNO kerana parti ini menunaikan setiap janji yang dibuat berbanding Pas yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan.
"Kalau dulu saya bertungkus lumus bekerja dalam Pas terutama ketika waktu pilihan raya, kali ini saya akan menyumbangkan tenaga kepada UMNO dan akan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment