My Add

Tuesday, 2 April 2013

Slogan CAT terus dipertikai

PULAU PINANG, ISNIN, 01 April, 2013: Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang selama ini dilaungkan kerajaan DAP negeri terus dipertikaikan apabila kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba menyembunyikan pelaburan Projek Taman Elektronik Pulau Pinang di Wuhu, China.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai membelakangkan CAT, Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini tampil mendesak Guan Eng agar segera menjelaskan tentang projek misteri berkenaan.

Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leng berkata, sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengamalkan CAT dalam pentadbiran mereka, mengapa projek pelaburan RMB6.5 bilion (RM3.14 bilion) itu langsung tidak pernah didedahkan kepada media tempatan.

"Sebelum ini, kerajaan negeri bina jalan raya di kawasan kampung pun heboh diperkatakan tapi peliknya apabila melibatkan projek berbilion ringgit dengan pelaburan di luar negara mereka membisu.

"Maklumat ini pun kita peroleh daripada laporan media-media di China, jadi di mana CAT dalam projek ini?" katanya kepada pemberita di pejabat BN negeri di sini.

Sebelum ini, Pemuda BN tampil mempertikaikan tindakan kerajaan negeri terhadap pemberian tender projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya lain kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 dan perbezaan kos setinggi RM2.25 bilion dalam projek tersebut.

Koon Leng dalam pada itu menambah, pihaknya mahu Guan Eng jelaskan secara terperinci tentang projek yang dibangunkan dengan kerjasama kerajaan wilayah Wuhu di China itu.

Tegasnya, perkara itu penting kerana melibatkan duit rakyat.

"Kita mahu tahu apakah status sebenar projek ini. Apakah pulangan yang diterima oleh rakyat dan negeri Pulau Pinang serta mengapa tidak dihebohkan dalam media tempatan?" soalnya.

Beliau turut menggesa Guan Eng jelaskan apakah projek itu milik kerajaan negeri atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dari gambar yang kita lihat melalui media China, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dan beberapa pemimpin PKR hadir dalam majlis projek tersebut bersama wakil kerajaan Wuhu.

"Jadi kita mahu tahu, projek ini siapa punya sebab seperti sedia maklum Guan Eng pergi ke tandas pun dia tulis dalam Twitternya tapi projek ini senyap sahaja," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment