My Add

Tuesday 30 July 2013

20,000 penjawat awam Sarawak dapat bantuan khas Aidilfitri

KUCHING, SELASA, 30 Julai, 2013: Kira-kira 20,000 penjawat awam negeri termasuk dari pihak berkuasa dan badan berkanun di Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500 sama seperti rakan mereka di semenanjung, kata Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani.

Beliau berkata, bayaran bagi penjawat awam bagi gred 54 ke bawah akan dibuat sebelum Hari Raya iaitu selewat-lewatnya 5 Ogos.

Kerajaan negeri meluluskan bantuan kewangan khas itu berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Julai lalu berhubung bayaran yang sama kepada penjawat awam persekutuan.

Mohamad Morshidi berkata demikian keada pemberita selepas merasmikan galeri Urus Tadbir dan Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini.

Turut hadir Menteri Muda Pelancongan dan pengerusi SEDC, Datuk Talib Zulpilip.

Najib berkata, kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas itu yang membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta, bagi membolehkan penjawat awam membuat persiapan Aidilfitri manakala pesara kerajaan mendapat RM250 sebagai menghargai jasa bakti mereka yang melibatkan peruntukan kewangan RM165 juta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment