My Add

Tuesday 30 July 2013

Inspektor dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh tahanan dalam lokap

KUALA LUMPUR, SELASA, 30 Julai, 2013: Inspektor S Hare Krishnan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamendran pada 21 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya masih belum menerima laporan penuh bedah siasat dan Hakim Nur Aminahtul Mardiah Md Noor menetapkan 2 Ogos untuk sebutan kes bersama tiga tertuduh yang lain.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa atas kesahanan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Sebelum ini, polis menjejaki Hare Krishnan selepas gagal hadir bertugas sejak 15 Jun bagi mendapatkan kenyataannya berhubung kematian Dhamendran di lokap Cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Semalam, pegawai polis itu menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama peguamnya selepas dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Dhamendran.

Tiga lagi anggota polis yang terbabit dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret bulan lalu. - BH

No comments:

Post a Comment