My Add

Tuesday 30 July 2013

Itali berkabung berikutan nahas bas ragut 38 nyawa

AVELLINO, SELASA, 30 Julai, 2013: Itali bersiap sedia hari ini untuk mengkebumikan 38 orang yang terbunuh dalam nahas bas yang terhumban ke dalam gaung di Naples, semalam yang disifatkan kemalangan terburuk di barat Eropah dekad ini.

Pihak pendakwa sedang menjalankan siasatan atas tuduhan bunuh tanpa niat sebaik kemalangan berlaku di lebuh raya yang sibuk antara Naples dan Bari di selatan Itali itu.

Ahli keluarga dan sahabat handai mangsa berkumpul berdekatan gimnasium sekolah di mana mayat mangsa ditempatan sebelum upacara pengkebumian, hari ini.

Perdana Menteri Itali, Enrico Letta mengumumkan negara itu berkabung hari ini sempena tragedi berdarah itu.

Pihak pengelamat bertungkus-lumus untuk mengeluarkan bangkai bas dari hutan di celah gaung bagi memastikan semua mangsa dibawa keluar.

Bas berkenaan membawa 48 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan merempuh beberapa kereta sebelum berjunam ke dalam gaung, kira-kira 50 kilometer dari Naples.

Presiden Itali, Giorgio Napolitano menyifatkan kemalangan itu sebagai 'tragedi yang sukar diterima' dan mahu aspek keselamatan jalan raya dipertingkatkan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment