My Add

Tuesday 30 July 2013

Tentera Syria kuasai semula daerah pemberontak Homs

DAMSYIK, SELASA, 30 Julai, 2013: Tentera rejim Syria hari ini mendakwa pihaknya berjaya menawan semula daerah pemberontak, Homs yang menjadi simbil revolusi negara itu selepas beberapa bulan melancarkan serangan.

Sementara itu, di utara pula kumpulan pejuang yang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad, dilaporkan berjaya menguasai kawasan strategik di Bandar Aleppo, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Syria.

Bandar Homs dianggap pejuang penentang sebagai 'ibu negara revolusi' yang menjadi laluan utama menghubungi Damsyik dengan pesisir Mediterranean serta kampung halaman Assas iaitu Alawite.

“Pasukan tentera sudah meningkatkan keselamatan dan stabiliti di seluruh kawasan berjiran dengan Khaldiyeh iaitu kawasan terbesar penempatan pihak penentang di tengah bandar Hom. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment